Falsafah LOGO
Tulisan font 'Teens' melambangkan ciri-ciri remaja yang AKtif, laSak, dan Dinamik (ringkasnya AKSI) . Warna merah pula melambangkan ciri-ciri remaja yang Aggresif, Berani dan Cergas. (di baca ABC).
Tulisan font "IKRAM" pula memberi makna remaja yang mampu mengorak langkah dengan tersusun dan teratur , berpemikiran futuristik dan kontemporari, tegas serta tahan uji. Warna orange melambangkan semangat dan jaya juang yang sentiasa membara. . IKRAM (orange) juga merujuk kepada sebuah pertubuhan yg bukan sahaja untuk 'dewasa’ (merujuk warna asal tulisan dan font asal IKRAM), IKRAM juga untuk remaja.
Huruf “i” dalam perkataan iKRAM (i kecil) melambangkan kelompok remaja yang sedia dilentur berpotensi untuk dididik dan dibina (dari i kepada I) bakal menjadi pewaris IKRAM dan pemimpin negara di masa depan.Huruf i juga melambangkan kelompok ini adalah penggemar dan peneraju teknologi.
Perkataan “teens” berada di depan dengan penuh gaya di penjuru kanan bawah “iKRAM” melambangkan sifat remaja yang sentiasa bersedia di barisan hadapan sebagai generasi pelapis, suka mengambil posisi yang stylo dan bergaya, kreatif dan berbeza dari yang lain.
Glob sebagai latarbelakang melambangkan IKRAMteens sebagai aset bernilai, generasi harapan dan pendokong aspirasi IKRAM di masa hadapan. Mereka mampu memimpin dunia.
Sempadan putih di sekeliling logo membawa makna remaja berjiwa merdeka yang sentiasa berdisiplin, menitikberatkan sempadan dan peraturan hidup serta berakhlak dengan akhlak yang suci dan luhur.