Wednesday, January 29, 2014

:: Kursus TOT Fasilitator IKRAMTeens ::


Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah, pada 29 Jan 2014 yang lalu, sebuah kursus TOT Fasilitator telah dijalankan oleh IKRAMTeens khas utk alumni mhi 2013.

Seramai 47 orang peserta telah hadir dan menjayakan program ini.  Antara fokus perbincangan ialah ;

- psikologi remaja
- teknik mendekati remaja
- peranan fasilitator
- teknik mengendalikan kumpulan 
- praktikal mengendalikan kumpulan

Kursus TOT FAsilitator ini telah dijalankan selama hampir 5 tahun berturut-turut dan telah memberi keberkesanan yang baik buat peserta.

Semoga perkongsian ini dapat mencuri hati peserta yang mengikuti progran IKRAMTeens.







--



Jom Jenguk Blog  MADRASATUL HAYAH IKRAM 2013/14... untuk mengetahui perkembangan lanjut MHi Click ---> BLOG MHi




















i Luv IKRAM


" Perbaiki Dirimu Dan Serulah pada yang lain "


Mohd Hafiz ( bai )
Peg. Eksekutif Belia & Remaja
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pengerusi IKRAMTeens Pusat
Ketua Sek. Remaja IKRAM WP
JK Penerangan Masyarakat Madani IKRAM


No Hp  : 019.751.7051

Jom Dapatkan Kartun Anak soleh : Click ---> Muslim Toys

FB   : hafizbai
FB   : IKRAMTeens


Tuesday, September 18, 2012

:: Remaja Dan Cinta :: ( Puan Fatimah Syarha )

"LIKE & SHARE" : INGAt yer TEMUJANJI kita di....

Program : Biacara Remaja dan Cinta bersama Ustz Fatimah Syarha
Tarikh : 14 / 9 / 2012 ( Jumaat )
Tempat : Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras
Masa : 9.15pm - 10.45pm
Pendaftaran : En Nazeli  013 390 3788 ( Lelaki ) / Pn Umi  012 617 0308 ( Perempuan )
Anjuran : IkRaM TeEnS BtR dan Masjid Al Muklisin






















Friday, August 17, 2012

:: Kempen Remaja Raikan Ramadhan (K3R) Melabuh Tirai ::





Assalamualaikum wrt.....

Alhamdulillah... Hari ini merupakan langkah-langkah terakhir kita dibulan penuh barakah dan kemuliaan ini...

Hari ini juga merupakan penghujung waktu Kempen " Remaja Raikan Ramadhan (K3R) " yang telah diadakan di seluruh Malaysia bermula 1 syaaban 1433 hingga ke hari ini .

Alhamdulillah, Allah telah membuka peluang demi peluang, idea demi idea untuk menjayakan kempen ini dengan ahdaf agar para remaja dapat menghayati ramadhan dengan penuh semangat , kesedaran, keinsafan dan ketenangan.

Bertemakan " Ramadhan Menyegarkan ".... Kempen 3R ( K3R ) tahun 1433 tahun ini telah berjaya mencipta beberapa sejarah dan rekod  baru..... Antaranya.....

1. Jumlah program 3R seluruh Malaysia ialah = 60 ....... Dengan pecahan....

- Johor : 9
- Melaka : 2
- N.sembilan : 2
- KL : 3
- Perak : 7
- Penang : 1
- kedah : 2
- Perlis : 2
- Kelantan : 3
- Terengganu : 4
- Pahang : 3
- selangor : 15
- kuching : 3
- sibu : 2
- Miri : 2


2. Jumlah program " JOM Sahur " ialah = 5 buah program

3. Tweets untuk twitter Jom3R ( @3r_ikramteens ) ialah = 260 tweets

4. Jumlah penyertaan keseluruhan program adalah seramai 3500 orang remaja...( kiraan secara kasar )

Alhamdulillah... Semua ini adalah hasil usaha aktivis IKRAMTeens yang berkorban bersungguh-sungguh demi menjayakan K3R ini...

Semoga jumlah program, penyertaan dan tweets ini menjadi saksi di akhirat sebagai amal-amal kita bersama...

Kami mendoakan agar 3500 remaja ini mencapai objektif melalui bulan ramadhan iaitu " la'allakum tattaqun ".....

Dikesempatan ini juga, ana selaku Pengerusi IKRAMTeens Pusat bersama ahli jawtamkuasa IKRAMTeens Pusat  ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri .... Taqabbalallahu minna wa minkum.... Sambutlah aidilfitri dengan sunnah Rasulullah saw....

" Ramadhan... Menyegarkan... "


Hafiz Bai
Pengerusi IKRAMTeens

Thursday, August 16, 2012

:: 3R Masjid Bangsar 2012 ::




BANGSAR-Program Remaja Raikan Ramadhan (3R 2012) yang diadakan pada 4-5 Ogos 2012 merupakan sebuah  program anjuran IkramTeens , IKRAM Lembah Pantai & masjid Saidina Abu Bakar, bangsar untuk remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun bagi meraikan Ramadhan. Bertemakan ‘Ramadhan menyegarkan!’ program ini telah Berjaya mengumpulkan seramai 120 orang peserta dari pelbagai latar belakang tempat tinggal dan sekolah berkumpul di Masjid saidina Abu Bakar, Bangsar sebagai lokasi pilihan program 3R pada  tahun ini.Tambah menarik, program ini juga diserikan dengan beberapa penampilan istimewa iaitu Imam Muda Asyraf, Dr. Hafidzi Presiden Aqsa Syarif, Fatimah Syarha dan Bro Sham kamikaze.
 

Program dimulakan dengan slot ‘Game’ yang dikendalikan oleh Abang Deen.Tujuan slot ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah dan kejelikitan antara fasi-fasi dan peserta di samping menyegarkan pagi 17 Ramadhan itu. Pelbagai jenis permainan yang menguji minda dan menghiburkan tidak ketinggalan simulasi-simulasi lagu yang memuhasabahkan dan membangkitkan semangat peserta.
 

Selepas slot ‘Game’ para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan memulakan sesi Halaqah Al-Quran. Surah Al-Kahfi menjadi pilihan program ini.Bertepatan dengan ‘Remaja Raikan Ramadhan’, semangat pemuda Kahfi cuba disampaikan melalui sesi halaqah ini. Selepas membaca ayat-ayat surah itu di dalam kumpulan secara bergilir-gilir mengikut tatatertib tajwidnya, para fasi kemudiannya merungkai ayat-ayat itu kepada ahli kumpulan dan memuhasabah kembali perjuangan Pemuda Kahfi dalam memelihara aqidah mereka.
 



Seusai Halaqah, program  diserikan lagi dengan kehadiran Imam Muda Asyraf di dalam slot Ibrah Pemuda Kahfi, pelbagai input yang disampaikan dari panduan Ramadhan, Lailatul Qadr, sehinggalah terungkai semula Ibrah pemuda Kahfi sambungan permuhasabahan dari sesi halaqah tadi. Para peserta amat teruja dan khusyuk mendengar slot yang disampaikan.


Sesi Halaqah Quran diteruskan lagi sehabis slot bersama Imam Muda Asyraf disusuli dengan solat zohor. Selepas itu peserta diberi masa tidur selama 30 minit untuk merehatkan badan. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan aktiviti membuat kad raya. Apa yang istimewanya slot ini, kad raya yang dibuat oleh para peserta akan diberikan ke rumah anak-anak yatim. Semua peserta membuat kad-kad tersebut dengan penuh kreativiti dan kesungguhan. Setiap kumpulan membuat kad ditujukan kepada setiap anak yatim di rumah tersebut, pelbagai kata-kata motivasi dan ucapan yang  ditulis mengikut kreativiti masing-masing.




Seusai Solat Asar, para peserta diberi peluang untuk keluar ke Bandar bagi sesi ‘Jalan-Jalan cari Jawapan’. Slot ini amat mencabar para peserta lantaran mereka perlu melakukan survey dan temuramah di sekitar Bangsar mengenai Ramadhan. Pelbagai telatah manusia dan pelbagai jenis bangsa yang mereka temui lantaran itu pelbagailah jua jenis jawapan dan pemahaman sesuatu individu mengenai Ramadhan. Sesi ‘jalan-Jalan cari jawapan’ itu dianggarkan selesai pada pukul 6:30 petang dan para peserta kembali ke masjid Saidina Abu Bakar untuk membersihkan diri dan berbuka puasa.




Selepas selesainya Solat Terawih, slot diteruskan lagi dengan perkongsian Dr.Hafidizi mengenai Palestine. Di dalam slot ini Dr. Hafidzi berkongsi mengenai penderitaan Palestine dan kekejaman Israel. Begitu banyak video dan gambar yang ditayangkan dari Gua Pemuda Kahfi,sampailah ke gambar-gambar lokasi di Palestine yang ditawan Israel. Slot ini amat memuhasabahkan peserta yang akhirnya diakhiri dengan deraian airmata dan azam baru untuk sama membebaskan Palestin.


Hari terakhir pada pagi Ahad 5 Ogos, para peserta telah ber-‘explorace’ di sekitar masjid untuk sesi ‘kantong Bocor’. Di dalam sesi ‘Kantong bocor ini para peserta hendaklah menjawab soalan yang diajukan oleh fasi dengan tepat. Soalan-soalan adalah berkaitan dengan Ramadhan dan perkongsian dari Imam Muda Asyraf dan Dr. Hafidzi. Sekiranya mereka gagal menjawab dengan tepat, kantong yang berisi air yang dipegang peserta akan dicucuk para fasi dengan jarum dan air di dalam kantong itu akan berkurang, sekiranya mereka menjawab dengan betul, air di dalam kantung itu akan ditambah. Para peserta amat bersungguh-sungguh menjawab soalan-soalan tersebut demi meminimakan kebocoran di kantong amanah mereka.



Slot terakhir adalah slot bersama Bro sham kamikaze dan Fatimah Syarha dan dikendalikan oleh moderator Syazman che Ramly. Slot yang bertajuk ‘Apa itu Cinta’ ini amat menarik perhatian peserta.Puan Fatimah syarha merungkai persoalan cinta remaja satu persatu diiringi dengan perkongsian pengalaman hidup sham kamikaze di zaman remajanya. Di Slot ini, remaja difahamkan bahawa perkahwinan adalah suatu tanggungjawab dan ibadah dan cinta sejati hanyalah kepada Allah.Sesi forum ini dihabiskan dengan sesi soal jawab dari peserta .





Sehabis slot ‘Apa itu Cinta?’ majlis perasmian dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi masjid, wakil Profess Consulting & IKRAM Pusat. dan para peserta bersalam-salaman dengan para fasi serta bergambar bersama sebagai penutup tirai kepada program 3R tahun ini. Pelbagai kenangan manis telah dicipta, pelbagai input telah diisi dan diterima. Pelbagai respon positif yang diterima dari program ini. Program ini telah membuktikan bahawa Ramadhan adalah platform ibadah yang memberi semangat dan kekuatan dan dengan ibadah remaja jua mampu menjadikan Ramadhan sesuatu yang ‘Best’ dan menyegarkan.


Program 3R ini merupakan salah satu daripada aktiviti kempen Remaja Raikan Ramadhan (K3R) yang dianjurkan oleh IKRAMTeens. Lebih 35 program 3R telah diadakan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.
 

Link -  Gambar 1 
Link - Gambar 2
Link - Video


:: Jom sahur PPR Taman Wahyu ::


Assalamualaikum warah matullah,

Segala puji bagi Allah swt, Pemilik sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah s.a.w..

Inline image 1

Alhamdulillah, pada 3 Ogos (10 mlm) dan 4 Ogos (8.30 pg) 2012, bertempat di Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu, IKRAMTeens Batu dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu telah menganjurkan program JOM SAHUR! 2012 / 1433H.

Inline image 5

Dengan tema "Bestnya Sahur!", penyertaan awal telah dibuka untuk 35 orang remaja. Walaubagaimanapun, di atas sambutan yang amat menggalakkan, program ini telah disertai oleh 106 orang remaja lelaki dan perempuan yang berusia di antara 10 hingga 17 tahun. Makanan dan minuman ditaja oleh Surau Hidayah sendiri untuk kesemua peserta dan ajk yang terlibat kerana mereka bergotong royong menyediakan makanan dan minuman tersebut yang bermula dari malam hari Jumaat hingga ke waktu sahur.

Inline image 3

Program yang diadakan untuk meraikan kehadiran Ramadhan 1433H, bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya bersahur dan keberkatan dalam bersahur.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan dari para remaja dalam menyertai program Jom Sahur! kali ini, diharapkan program-program yang bakal dirancang dan Insya ALLAH akan terus mendapat tempat di hati para remaja di PPR Taman Wahyu..

Wallahua'lam...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons