BANGSAR-Program Remaja Raikan Ramadhan (3R 2012) yang diadakan pada 4-5
Ogos 2012 merupakan sebuah program anjuran
IkramTeens , IKRAM Lembah Pantai & masjid Saidina Abu Bakar, bangsar untuk
remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun bagi meraikan Ramadhan. Bertemakan
‘Ramadhan menyegarkan!’ program ini telah Berjaya mengumpulkan seramai 120
orang peserta dari pelbagai latar belakang tempat tinggal dan sekolah berkumpul
di Masjid saidina Abu Bakar, Bangsar sebagai lokasi pilihan program 3R
pada tahun ini.Tambah menarik, program
ini juga diserikan dengan beberapa penampilan istimewa iaitu Imam Muda Asyraf,
Dr. Hafidzi Presiden Aqsa Syarif, Fatimah Syarha dan Bro Sham kamikaze.



Program dimulakan dengan slot ‘Game’ yang dikendalikan oleh Abang Deen.Tujuan
slot ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah dan kejelikitan antara fasi-fasi
dan peserta di samping menyegarkan pagi 17 Ramadhan itu. Pelbagai jenis
permainan yang menguji minda dan menghiburkan tidak ketinggalan
simulasi-simulasi lagu yang memuhasabahkan dan membangkitkan semangat peserta.



Selepas slot ‘Game’ para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan
dan memulakan sesi Halaqah Al-Quran. Surah Al-Kahfi menjadi pilihan program
ini.Bertepatan dengan ‘Remaja Raikan Ramadhan’, semangat pemuda Kahfi cuba
disampaikan melalui sesi halaqah ini. Selepas membaca ayat-ayat surah itu di
dalam kumpulan secara bergilir-gilir mengikut tatatertib tajwidnya, para fasi
kemudiannya merungkai ayat-ayat itu kepada ahli kumpulan dan memuhasabah
kembali perjuangan Pemuda Kahfi dalam memelihara aqidah mereka.



Seusai
Halaqah, program diserikan lagi dengan
kehadiran Imam Muda Asyraf di dalam slot Ibrah Pemuda Kahfi, pelbagai input
yang disampaikan dari panduan Ramadhan, Lailatul Qadr, sehinggalah terungkai
semula Ibrah pemuda Kahfi sambungan permuhasabahan dari sesi halaqah tadi. Para
peserta amat teruja dan khusyuk mendengar slot yang disampaikan.

Sesi
Halaqah Quran diteruskan lagi sehabis slot bersama Imam Muda Asyraf disusuli
dengan solat zohor. Selepas itu peserta diberi masa tidur selama 30 minit untuk
merehatkan badan. Program kemudiannya diteruskan lagi dengan aktiviti membuat
kad raya. Apa yang istimewanya slot ini, kad raya yang dibuat oleh para peserta
akan diberikan ke rumah anak-anak yatim. Semua peserta membuat kad-kad tersebut
dengan penuh kreativiti dan kesungguhan. Setiap kumpulan membuat kad ditujukan
kepada setiap anak yatim di rumah tersebut, pelbagai kata-kata motivasi dan
ucapan yang ditulis mengikut kreativiti
masing-masing.




Seusai
Solat Asar, para peserta diberi peluang untuk keluar ke Bandar bagi sesi
‘Jalan-Jalan cari Jawapan’. Slot ini amat mencabar para peserta lantaran mereka
perlu melakukan survey dan temuramah di sekitar Bangsar mengenai Ramadhan.
Pelbagai telatah manusia dan pelbagai jenis bangsa yang mereka temui lantaran
itu pelbagailah jua jenis jawapan dan pemahaman sesuatu individu mengenai
Ramadhan. Sesi ‘jalan-Jalan cari jawapan’ itu dianggarkan selesai pada pukul
6:30 petang dan para peserta kembali ke masjid Saidina Abu Bakar untuk
membersihkan diri dan berbuka puasa.




Selepas
selesainya Solat Terawih, slot diteruskan lagi dengan perkongsian Dr.Hafidizi
mengenai Palestine. Di dalam slot ini Dr. Hafidzi berkongsi mengenai
penderitaan Palestine dan kekejaman Israel. Begitu banyak video dan gambar yang
ditayangkan dari Gua Pemuda Kahfi,sampailah ke gambar-gambar lokasi di
Palestine yang ditawan Israel. Slot ini amat memuhasabahkan peserta yang
akhirnya diakhiri dengan deraian airmata dan azam baru untuk sama membebaskan
Palestin.


Hari
terakhir pada pagi Ahad 5 Ogos, para peserta telah ber-‘explorace’ di sekitar
masjid untuk sesi ‘kantong Bocor’. Di dalam sesi ‘Kantong bocor ini para
peserta hendaklah menjawab soalan yang diajukan oleh fasi dengan tepat.
Soalan-soalan adalah berkaitan dengan Ramadhan dan perkongsian dari Imam Muda
Asyraf dan Dr. Hafidzi. Sekiranya mereka gagal menjawab dengan tepat, kantong
yang berisi air yang dipegang peserta akan dicucuk para fasi dengan jarum dan
air di dalam kantong itu akan berkurang, sekiranya mereka menjawab dengan
betul, air di dalam kantung itu akan ditambah. Para peserta amat
bersungguh-sungguh menjawab soalan-soalan tersebut demi meminimakan kebocoran
di kantong amanah mereka.



Slot
terakhir adalah slot bersama Bro sham kamikaze dan Fatimah Syarha dan
dikendalikan oleh moderator Syazman che Ramly. Slot yang bertajuk ‘Apa itu
Cinta’ ini amat menarik perhatian peserta.Puan Fatimah syarha merungkai
persoalan cinta remaja satu persatu diiringi dengan perkongsian pengalaman
hidup sham kamikaze di zaman remajanya. Di Slot ini, remaja difahamkan bahawa
perkahwinan adalah suatu tanggungjawab dan ibadah dan cinta sejati hanyalah
kepada Allah.Sesi forum ini dihabiskan dengan sesi soal jawab dari peserta .





Sehabis
slot ‘Apa itu Cinta?’ majlis perasmian dimulakan dengan ucapan dari
Pengerusi masjid, wakil Profess Consulting & IKRAM Pusat. dan para peserta bersalam-salaman dengan para fasi serta
bergambar bersama sebagai penutup tirai kepada program 3R tahun ini. Pelbagai
kenangan manis telah dicipta, pelbagai input telah diisi dan diterima. Pelbagai
respon positif yang diterima dari program ini. Program ini telah membuktikan
bahawa Ramadhan adalah platform ibadah yang memberi semangat dan kekuatan dan
dengan ibadah remaja jua mampu menjadikan Ramadhan sesuatu yang ‘Best’ dan
menyegarkan.



Program
3R ini merupakan salah satu daripada aktiviti kempen Remaja Raikan Ramadhan
(K3R) yang dianjurkan oleh IKRAMTeens. Lebih 35 program 3R telah diadakan di
seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

Link - Gambar 2
Link - Video
0 comments:
Post a Comment