Thursday, August 16, 2012

:: Jom sahur PPR Taman Wahyu ::


Assalamualaikum warah matullah,

Segala puji bagi Allah swt, Pemilik sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Rasulullah s.a.w..

Inline image 1

Alhamdulillah, pada 3 Ogos (10 mlm) dan 4 Ogos (8.30 pg) 2012, bertempat di Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu, IKRAMTeens Batu dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu telah menganjurkan program JOM SAHUR! 2012 / 1433H.

Inline image 5

Dengan tema "Bestnya Sahur!", penyertaan awal telah dibuka untuk 35 orang remaja. Walaubagaimanapun, di atas sambutan yang amat menggalakkan, program ini telah disertai oleh 106 orang remaja lelaki dan perempuan yang berusia di antara 10 hingga 17 tahun. Makanan dan minuman ditaja oleh Surau Hidayah sendiri untuk kesemua peserta dan ajk yang terlibat kerana mereka bergotong royong menyediakan makanan dan minuman tersebut yang bermula dari malam hari Jumaat hingga ke waktu sahur.

Inline image 3

Program yang diadakan untuk meraikan kehadiran Ramadhan 1433H, bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya bersahur dan keberkatan dalam bersahur.

Dengan sambutan yang amat menggalakkan dari para remaja dalam menyertai program Jom Sahur! kali ini, diharapkan program-program yang bakal dirancang dan Insya ALLAH akan terus mendapat tempat di hati para remaja di PPR Taman Wahyu..

Wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons