Monday, February 21, 2011

[Berita] IKRAMTeens Bandar Tun Razak Selamat Dilancarkan


ALAM DAMAI - Pada 20 Februari yang lalu, bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, IKRAMTeens Bandar Tun Razak telah dilancarkan. Perasmian majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Bandar Tun Razak, Ustaz Zulkifli Ahmad.

Antara yang paling awal tiba ke Masjid Al-Mukhlisin adalah TYDP IKRAM BTR, Ustaz Zulkifli Ahmad dan juga beberapa AJK IKRAMTeens BTR yang sangat komited.Antaranya Akh Nazeli Jaafar, Ukht Umi Kalthum Hasan dan keluarga, Akh Amri Mansor dan ramai lagi.Turut hadir YDP IKRAM BTR, Hj. Abd Rahman Hussin dan SU IKRAM BTR, Dr.Oteh Maskom. Program dimulakan sekitar jam 11 pagi dengan sesi pendaftaran peserta.Alhamdulillah, sehingga ke akhir program, peserta yang berjaya mendaftarkan diri adalah seramai 40 orang.

Program diteruskan pula kemudiannya dengan sesi ice breaking. Sesi ini dikendalikan oleh Bro Fahzan Adli dan Akh Amri. Dalam sesi ini, para peserta telah diminta untuk membuat kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diberikan satu nilai tertentu. Mereka diminta untuk membuat kumpulan baru berdasarkan jumlah yang ditetapkan. Setelah selesai, para peserta diminta untuk bertaaruf sesama ahli kumpulan masing-masing. Mereka juga diminta untuk mengulang semula butir-butir diri sahabat-sahabat yang lain.

Sekitar jam 12.30 tengahari, program diteruskan pula dengan slot "Happiness" bersama Ketua Unit Sekretariat Remaja IKRAM Wilayah Persekutuan iaitu Akh Mohd Hafiz Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Abg Bai di kalangan remaja. Antara input-input yang telah dikongsi oleh Abg Bai ialah berkaitan kebahagiaan fizikal, emosi dan juga spiritual. Kebahagiaan juga telah dikaitkan dengan keikhlasan dalam hidup dan juga setiap amalan yang dilakukan. Para peserta juga telah diberikan input berkaitan tugas dan tanggungjawab manusia di muka bumi sebagai hamba dan khalifah Allah.

Pelancaran IKRAMTeens BTR dan montaj IKRAMTeens telah dirasmikan oleh TYDP IKRAM BTR, Ustaz Zulkifli Ahmad. Pengenalan, objektif dan faedah menyertai IKRAMTeens telah disampaikan kepada para peserta melalui montaj IKRAMTeens. Sebelum program berakhir, para peserta dimaklumkan tentang salah satu aktiviti terdekat yang akan dianjurkan oleh IKRAMTeens BTR iaitu perkhemahan untuk remaja putera bertempat di Kingfisher Advanture, Hulu Langat pada 12-13 Mac 2011, inshaAllah. Program tamat pada jam 1.25 petang.

2 comments:

Sang Pengembara said...

salam... knp x cakap ade perasmian... lrh la kiteorg tompang sekaki memeriahkan lagi suasana...

IKRAMTeens WP said...

Wkmslm. Hebahan tentang pelancaran dah dibuat di FB IKRAMTeens WP dan IKRAMTeens BTR sebelum ni. Lepas ni kna rajin2 jenguk blog dan FN IKRAMTeens WP utk tahu info2 dan aktiviti2 yang bakal dijalankan. ^_^

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons