TAMAN BATU MUDA - Pada hari Jumaat, 18 Februari 2011 yang lalu, IKRAMTeens Daerah Batu telah menganjurkan riadah futsal bertempat di padang futsal Kolej Islam Antarabangsa. Program ini bermula pada jam 9.00 malam dan telah dihadiri lebih 22 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa, remaja lepasan SPM dan aktivis IKRAM Batu.
Program seperti ini diadakan setiap 2 minggu. Semoga ia terus mendapat sambutan demi membina ukhuwwah yang lebih rapat disamping membina kekuatan fizikal masing masing. IKRAMTeens Batu sedang merancang satu kejohanan Futsal yang melibatkan banyak pasukan dari masyarakat di sekitar Parlimen Batu sedikit masa lagi.
Tuesday, February 22, 2011
[Berita] Futsal IKRAMTeens Batu


0 comments:
Post a Comment