Thursday, March 17, 2011

[Berita] Berakhir Sudah ~ Offline With Hedonism 2011



Assalamulaikum wrt

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, akhirnya Program Remaja OFFLINE WITH HEDONISM yang juga merupakan Halaqah Remaja BEST siri 2 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan terurus. Seramai 64 orang peserta perempuan dan 55 peserta lelaki telah bersama dalam program ini. Program yang telah diadakan di Masjid Asy-Syakirin ini merupakan program OWH yang kedua telah diadakan.

Pelbagai acara menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya ice breaking "One Love" yang dikendalikan oleh Abang Syed Ahmad Safwan, Abg Salman & Abang Muaz. Gaya santai dan selambA mereka telah mencuit hati peserta dan memecahkan ice-ice sesama peserta. Kemudian program diteruskan dengan penyampaian "Virus Hedonisme" yang dikendalikan oleh Ummi Ida (makcik Faridah Maludin). Gaya penyampaian yang bersahaja, penuh keyakinan, menyentuh emosi telah memberi suntikan baru buat para peserta. Kemudian peserta diminta untuk menyelesaikan tugasan di dalam Suria KLCC. Mereka diminta untuk mencari dan mengambil gambar contoh-contoh hedonisme yang ada di pusat membeli-belah tersebut. Disebelah petang, acara Group Dinamik telah meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan para peserta tentang bahayanya hedonisme. Kemudian para peserta diminta untuk membentangkan apakah jati diri mahupun perisai yang perlu ada di dalam diri demi mencegah diri dari terjebak dengan budaya hedonisme.

Dalam kesempatan ini juga, pihak penganjur iaitu IKRAMTeens WP telah mengambil peluang untuk mengadakan Pelancaran IKRAMTeens Peringkat Wilayah Persekutuan. Pelancaran telah dirasmikan oleh Ketua Sekretariat Remaja IKRAM WP saudara Mohd Hafiz Bin Abd Hamid. Turut menyerikan majlis pelancaran ini ialah persembahan nasyid dari kumpulan "Aim H i ", dan juga persembahan montaj IKRAMTeens WP.

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat di dalam menjayakan program OWH ini, terutama PRODUCE 4 Team KL yang telah bersusah payah mempromosikan program ini semenjak satu bulan yang lalu, juga ucapan terima kasih buat semua fasilitator dari lepasan MHi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, juga buat semua Sekretariat Remaja IKRAM WP (SRiWP) yang memberi sokongan daan dorongan buat kami semua. Juga buat semua ikhwah dan akhwat yang telah menyokong program-program IKRAMTeens yang tidak seberapa ini.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi kebaikan buat kita semua....



Laporan oleh:

Mohd Hafiz ( bai )
Peg. Eksekutif Latihan IKRAM Wilayah Persekutuan
Ketua Sek. Remaja IKRAM WP
SU Sek. Remaja IKRAM Pusat
JK Penerangan Masyarakat Madani IKRAM

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons