Monday, January 9, 2012

[Berita] Kem Meniti Usia Baligh

Selasa, 18 Oktober 2011 03:15
Meniti Usia Baligh
HULU LANGAT - Bertempat di King Fisher Resort, Kelab Remaja IKRAMTeens telah berjaya menganjurkan sebuah program remaja yang bertemakan ‘Meniti Usia Baligh (MUB)’ dari Sabtu hingga Ahad lalu. MUB merupakan program pembangunan sahsiah dan perkembangan diri remaja. Program selama dua hari satu malam ini berjaya mengumpulkan 52 orang remaja berumur 12 tahun dari sekitar Lembah Kelang.
Objektif utama program ialah memberi kefahaman tentang perubahan yang akan berlaku selepas usia baligh dan memberi kefahaman serta pengetahuan berkenaan mutiara-mutiara yang perlu dipelihara oleh para remaja selepas usia baligh nanti, terutamanya dalam aspek pergaulan, aurat dan hadas. Terdapat tujuh slot utama yang membincangkan dan memfokuskan tentang objektif utama program ini.
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Menurut pengarah program, saudara Mohd Hafiz Abd Hamid (gambar), 80 peratus daripada program ini merupakan aktiviti dan permainan.
“Kami mereka modul MUB ini sesuai dengan fitrah remaja. Para peserta akan banyak belajar melalui pengalaman (experiential learning) dan akan bersama-sama membuat kesimpulan serta resolusi bagi setiap slot. Kaedah ini dapat memberi kefahaman yang jelas serta cara praktikal yang betul serta mudah untuk diingati,” jelas beliau.
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Meniti Usia Baligh
Program MUB ini telah hampir tiga tahun dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Ia merupakan sebuah modul praremaja yang dicipta oleh Kelab Remaja IKRAMTeens. Program MUB yang terdekat ialah pada 21 Oktober 2011, bertempat di Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons