Sunday, February 19, 2012

:: Smart Youth Leader ( STYLE ) ::

Assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah, pada 18 & 19 Februari 2012 yang lalu, IKRAMTeens WP telah menjayakan program Smart Youth Leader ( STYLE ) khas untuk pimpinan pelajar Sekolah Islam Pintar . Proggram selama 2 hari 1 malam ini telah diiadakan di Kem Idaman Nurani , batu 20 hulu langat , selangor.





Antara objektif utama STYLE ialah melahirkan pemimpin remaja yang mampu menjadi teladan dan melaksanakan tugasa dengan penuh rasa bertanggungjawab. Sepanjang program, para peserta telah diberi penekanan berkenaan 4 nilai utama pemimpin remaja, iaitu Amanah, Qudwah, Alim dan Qawiy. Keempat-empat nilai utama ini merujuk kepada contoh pimpinan Rasulullah saw.





Program STYLE merupaka produk kepimpinan Remaja baru yang dicetuskan oleh IKRAMTeens WP, dan akan terus diperbaiki dan ditingkatkan lagi mutu keberkesanannya. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah One Love, hidup satu pengembaraan dan lain-lain.











Semoga program ini dapat melahirkan ramai lagi pemimpin remaja yang berkualiti dari aspek sakhsiah dan profesional dalam menjalankan tugasan.


Hafiz Bai

1 comments:

Unknown said...

Salam abang hafiz, IkramTeens WP ada tak anjurkan kem kepimpinan?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons