Monday, May 28, 2012

:: Be A Muslim Warrior ( BMW 2012 ) ::

Assalamualaikum wrt...

alhamdulillah... IKRAMTeens WP sekali lagi mencatat rekod luarbiasanya apabila berjaya menganjurkan program Motivasi Kepimpinan Remaja " Be A Muslim Warrior ( BMW 2012 ) " pada 28 Mei yang lalu. Program ini bertujuan melatih para remaja agar menjadi pemimpin yang Qudwah, Amanah, Qawiy & Alim.





Program selama 3H 2M ini telah diadakan di Kem Idamanu Nurani, bt 20, Hulu Langat, selangor. Seramai 101 orang peserta telah bersama menyertai kem BMW ini.





Antara aktiviti yang telah diadakan ialah "one love", Nike Wok , Xplorace@BMW2.0, Survivor Cooking, Studio IKRAMTeens, Kembara Buta dan pelbagai lagi. Sembilan puluh peratus program ini merupakan aktiviti yang melibatkan game dan "experetial learning ".





Antara slot yang paling mencabar ialah "kembara buta", di dalam slot ini para peserta diminta untuk mengembara memasuki kampung, meredah sungai di samping menyelesaikan tugasan yang mencabar bersesuaian dengan tahap para peserta.





Program ini juga telah mendapat tajaan tshirt oleh brotherhoodarts sebagai kenang-kenangan untuk para peserta.



Semoga para peserta menjadi pemimpin yang Qudwah, Amanah, Qawiy & Alim.



Tukang Post
- Abe bai -


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons