Tuesday, August 7, 2012

:: Futsal Inter Usrah Remaja ( FUTURE 2012 ) ::

Assalamualaikum wrt...

alhamdulillah, pada 7 Julai 2012 yang lalu, IKRAMTeens WP telah menganjurkan Futsal Inter Usrah Remaja ( FUTURE 2012 ) bertempat di Sinamax Sri Gombak.



7 pasukan remaja + 1 pasukan Senior ( naqib + pengarah IKRAMTeens Daearh ) telah berjuang bersungguh-sungguh demi merebut juara FUTURE 2012. Program setengah hari ini diadakan bertujuan merapatkan ukhwah sesama ahli usrah remaja disamping meningkatkan stamina di dalam memasuki bulan ramadhan.



Program FUTURE 2012 ini telah dirasmikan oleh YDP IKRAM WP iaitu Prof Dr Sahrim Bin Ahmad dengan melakukan Sepakan Penalti ke arah pintu gol.



Antara pasukan yang hadir ialah dari IKRAMTeens BTR ( 4 kumpulan ), IKRAMTeens Batu ( 2 Kumpulan ), IKRAMTeens Setiawangsa ( 1 Kumpulan ). Kesemua mereka telah menunjukkan semangat yang luar biasa pada hari tersebut.



tahniah buat team Hidayah A ( IKRAMTeens Batu ) di atas kejayaan menjuarai FUTURE 2012...



Semoga disamping kita bersukan, ianya juga dapat meningkatkan kecergasan kita agar muwasofat "Qawiyul Jism " dapat kita pelihara bersama.

Sekian Tterima Kasih.

Tukang Lapor
- Abe Bai -


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons