Friday, August 10, 2012

:: JOM SAHUR 2012 ::


Bismillah… Jom Sahur merupakan sebuah program khas di dalam kempen Remaja Raikan Ramadhan. Program yang dianjurkan oleh IKRAMTeens WP in telah diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2012 yang lalu dengan kerjasama Jawatankuasa Tetangga Wanita PPR Jelatek dan berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 50 orang remaja, bertempat di Surau PPR Jelatek. Program dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan para remaja meraikan Ramadhan yang mulia ini dengan sunnah-sunnah Rasulullah iaitu bersahur disamping menunaikan puasa yang difardhukan di dalamnya.



Seusai solat sunat tarawih, program dimulakan dengan slot “ice breaking” ringkas yang dikendalikan oleh Saudara Syafiq (Abang Deen), JK Sekretariat Remaja IKRAM WP. Selesai slot “ice breaking”, para peserta di jamu dengan jamuan moreh yang disediakan oleh IKRAMTeens WP, kemudian beransur kepada slot tadabbur surah-surah lazim Al-Quran sebelum para peserta berehat dan tidur. Program pada malam itu tamat tepat jam 12:30 am. 



Pada jam 4:30 am, para peserta mengikuti slot Qiam ringkas dengan 2 rakaat solat tahjud kemudian mereka bersahur bersama-sama dengan para fasilitator dan JK IKRAMTeens WP yang turut serta di  dalam program ini. Slot tazkirah yang bermula seusai solat fardhu subuh di Surau PPR Jelatek mendedahkan para peserta tentang kepentingan dan kelebihan bersahur untuk ibadah puasa. Kemudian, program diteruskan dengan slot riadhah pagi yang juga dikendalikan oleh Saudara Syafiq selama 15 minit. Program diakhiri dengan slot penyampaian cenderahati kepada para peserta dan tamat tepat jam 7:15 am



Semoga program yang ringkas ini mampu menjadi asbab ditinggikan darjat puasa Ramadhan kita apabila sunnah-sunnah Rasulullah dalam menunaikannya mampu diamalkan oleh setiap yang mengikutinya. Wallahu Waliyut Taufiq

Jazakallahu Khairan Katsira’.

Pelapor:
Abang Deen

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons